TARIAN

LAGU DENGGI

Demam denggi penyakit yang merbahaya
Tiada ubat, tiada vaksin mengawalnya
Jikalau terkena sengsaralah jiwa
Sekiranya terlambat mendapat rawatan
Maut menanti

Bersikap proaktif menjadi amalan
Elakkan takungan di persekitaran
Pastikan dijaga segala kebersihan
Di sekolah, di tempat kerja
Ataupun dimana sahaja
Janganlah kita abaikan

Aedes kan menyerang siapa sahaja
Aedes tak mengira mangsanya
Aedes kan menjadi dewasa
Dalam tempoh seminggu sahaja

Berwaspada kita sebelum terkena
Cari dan musnahkan tempat pembiakan
Cegah dan mengawal tanggungjawab semua
Hidup tanpa aedes kan lebih sempurna
Lebih ceria

Aedes tiada…


Denggi tiada…




       Persembahan tarian oleh Skuad Patrol Denggi
















No comments:

Post a Comment